Tuesday, September 3, 2019

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ DAN UMAR AL-KHATTAB

2)ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ DAN UMAR AL-KHATTAB

Image result for wallpaper al quran dan tasbih     Pada zaman ini, berlakunya proses pengumpulan dan pembukuan al-quran. Ia telah terkumpul di dalam dada-dada sahabat ketika Nabi Muhammad SAW wafat kerana pemerintahan yang menyeru supaya sahabat-sahabat untuk menghafal ayat-ayat al-quran setiap kali ia diturunkan.Pada waktu itu, tidak wujudnya al-quran dalam bentuk mushaf seperti yang terdapat pada masa kini.

     Di awal pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq iaitu sejurus selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW , terdapat banyak perkara dan permasalahan yangtelah berlaku ketika zaman pemerintahan Abu Bakar. Antara masalah yang dihadapi ialah,ramai di kalangan umat islam yang murtad dan juga terdapat golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan mempermainkan kesucian ayat-ayat al-quran.Hal ini telah menyebabkan Abu Bakar bertindak tegas di dalam usaha memerangi golongan tersebut daripada terus merebak.

     Abu Bakar perlu menghadapi banyak peperangan ketika menghadapi golongan yang murtad antaranya ialah wujudnya peperangan yang dinamakan peperangan al-Yamamah.Peperangan ini berlaku pada tanggal 12 hijrah bersamaan disember tahun 632 masihi ini meletus akibat penentangan yang telah dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan yang diperintahkan oleh Abu Bakaral-Siddiq. Musailamah muncul dengan mengaku bahawa beliau adalah nabi dan telah melakukan beberapa perubahan syariat bagi membezakan agamanya dengan islam yang mana agama Islam ini telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW antaranya beliau mengurangkan pensyariatan solat iaitu dengan mengurangkan daripada lima waktu kepada tiga waktu solat.

     Di dalam pertempuran Yamamah itu,umat islam memenangi pertempuran tersebut tetapi dalam masa yang sama,ramai para sahabat yang telah terkorban syahid seramai 70 orang dan mereka merupakan golongan Huffaz al-Quran.

     Terdapat juga peristiwa di mana salah seorang sahabat telah membaca al-quran berhadapan dengan Umar al-Khattab dengan bacaan yang salah iaitu kesalahan dalam meletakkan baris dan menyebabkan makna asal al-quran tersebut tersalah maksud. Disebabkan perkara tersebut,Umar al-Khattab mencadangkan kepada Abu Bakar al-Siddiq agar al-quran dikumpulkan dan ditulis oleh para sahabat. Pada awalnya,beliau menolak cadangan tersebut kerana beliau risau kerana tiada panduan daripada Nabi SAW tetapi akhirnya beliau mempersetujui cadangan yang telah dibuat oleh Umar memandangkan ianya berkaitan tentang kepentingan memelihara al-quran daripada diselewengkan oleh golongan-golongan yang tetentu.

      Zaid bin Thabit telah dipanggil oleh Abu Bakar al-Siddiq dan kemudian beliau memberikan tugas kepada Zaid agar mengumpul serta menulis ayat-ayat al-quran .Walaupun Zaid merupakan pencatat wahyu yang terkenal kerana Zaid seorang pemuda yang cerdas dan layak untuk melaksanakan tugas ini.Tetapi bagi Zaid, beliau merasakan bahawa ini adalah amanah yang agak berat untuk dipikulnya. Zaid bin Thabit mengumpulkan ayat-ayat al-quran dengan menggunakan pelepah-pelepah tamar,kepingan batu,tulang belulang,kepingan kayu,kulit binatang yang pernah ditulis oleh para sahabat ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup.

     Setelah terkumpulnya ayat-ayat al-quran, proses penulisan semula telah berjalan dan dengan dimulakan menulis di atas helaian kertas khas yang tersusun rapi .Setiap ayat al-quran yang ditulis telah disaksikan dahulu oleh dua orang sahabat yang pernah menghafalnya di hadapan nabi supaya tidak berlaku kesalahan semasa proses penulisan semula itu.

     Usaha-usaha pengumpulan al-quran yang telah dilakukan bukanlah sesuatu yang baru bagi Muhasabi kerana ianya telah bermula sejak zaman Nabi SAW ,tetapi Abu Bakar al-Siddiq merupakan perintis penulisan al-quran yang lebih tersusun namun ianya tidak dapat disempurnakan dek kerana kewafatannya.Lalu Umar al-Khattab meneruskan usaha yang telah sedia dilakukan oleh Abu Bakar sehinggalah beliau wafat. Setelah kewafatan Umar al-Khattab ayat-ayat al-quran lengkap ditulis serta dikumpulkan dan disimpankan di rumah Umm al-Mukminin Hafsah binti Umar RA yang merupakan isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

PENGENALAN DAN SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

 PENGENALAN AL QURAN      

     Al-Quran merupakan kitab yang suci yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan ia juga ditulis di dalam bentuk mushaf serta diriwayatkan secara tartil ataupun dalam kata lain bermaksud ianya diriwayatkan secara teliti dengan tafsirannya. Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan untuk umat manusia di muka bumi ini bagi membuktikan kewujudan Allah dan para rasulNya .AlQuran dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nas dan membacanya adalah ibadah yang dituntut di sisi Allah.

     Ayat-ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT mempunyai makna yang unik dan tersendiri yang boleh difahami secara terang oleh si pembacanya ,tanpa sebarang keraguan atau kesamaran yang terdapat di dalamnya serta difahami secara tersirat atau makna yang tersembunyi di sebalik ayat alquran tersebut.

     AlQuran juga merupakan mukjizat terbesar yang telah dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW dan menyebarkan di dalam kalangan umat islam .Sesungguhnya kandungan ayat-ayat yang terdapat di dalam al-quran memberi berjuta makna kepada umat islam terutamanya kepada para pengkaji alquran yang sangat menyukai akan rahsia yang tersembunyi di sebalik ayat yang telah diriwayatkan oleh Allah.

     Allah telah menjanjikan untuk memelihara keaslian al-quran tersebut berdasarkan ayat yang telah termaktub di dalam AlQuran yang bermaksud :

                          
Maksudnya : Sesungguhnya Kami (Allah) yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memelihara dan menjaganya .
(Surah al-Hijr, ayat 9)

     Berdasarkan ayat di atas , jelaslah bahawa disini sesungguhnya Allah telah menerangkan bahawa al-quran adalah salah satu kitab yang terpelihara daripada sebarang penyelewangan dan memelihara kesuciannya sehingga ke hari kiamat kelak kerana bahasa al-quran adalah bahasa yang tinggi dan tidak mampu direka oleh sesiapun sekalipun ada cubaan untuk mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam alquran ini.

(SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN)

SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN

     Sesungguhnya di setiap ayat al-quran yang diturunkan mempunyai rahsia yang tersendiri.Oleh kerana itu,terdapat beberapa peristiwa dan sejarah yang terkandung di dalam ayat atau surah yang tertentu.Penurunannya mempunyai sebab-sebab tertentu dan beberapa perkara yang telah dibincangkan di dalamnya antaranya ialah perkara-perkara tentang pelaksanaan hukum Allah SWT,kerohanian,pensyariatan di dalam sebuah hukum dan sebagainya.

     Dari sudut sejarah al-quran,penurunan ayat pertama bermula ketika Nabi Muhammad SAW bersendirian di dalam Gua Hira’,Mekah ketika baginda sedang memikirkan keadaan pada waktu itu yang kebanyakannya hidup di dalam suasana yang jahiliyah dan bermasalah bagi menilai mana yang baik dan buruk akan setiap  perkara yang dilakukan.

     Ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW ialah yang bermaksud:
      

Maksudnya: “Bacalah ! (wahai Muhammad SAW) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) ,ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku ,bacalah !,dan Tuhanmu yang amat pemurah ,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ,ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya .”
                      
                                                (Surah Al-Alaq ,ayat 1-5)

Ayat ini merupakan pendapat yang tepat mengenai ayat pertama yang diwahyukan kepada baginda berdasarkan hadis riwayat Aishah RA yang menceritakan kisah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda bersendirian di Gua Hira’.


Related image

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN SELEPAS ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

4)SELEPAS ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

Image result for wallpaper al quran dan tasbih
  
   Sejak dari zaman Uthman al-Affan lagi telah dijalankan usaha untuk mengumpul dalam proses pemurnian al-quran secara sistematik bagi memudahkan para pembacanya menganalisis teknik bacaan al-quran. Usaha untuk melakukan transformasi dengan meletakkan tanda baris, titik warna merah di akhir perkataan telah diperkenalkan oleh Abu Aswad al-Dua’li. Lantaran itu, beliau telah dianggap sebagai pengasas dalam ilmu ini. Tanda baris tersebut dikenali sebagai Naqt I’rab tetapi ianya berbeza dengan tanda baris yang ada pada hari ini.

     Proses transformasi format itu terus dilakukan bagi meraikan ramai orang bukan arab memeluk islam pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.Usaha tersebut telah dilakukan oleh Hajjaz bin Yusof al-Thaqafi dan dua orang pakar bahasa arab iaitu Nasr bin Asim al-Laithi dan Yahya bin Ya’mar dengan melakukan perubahan pada tanda titik bagi membezakan satu huruf dengan huruf yang lain contohnya huruf ba’, ta’, jim dan lain lain. Kaedah ini pula dikenali sebagai Naqt I’jam.

     Hal ini kerana sebelumnya huruf-huruf arab tidak mempunyai titik kerana nasyarakat arab pada masa itu sememangnya mengetahui membezakan antara huruf-huruf tersebut. Maka, selepas itu berlaku pula perubahan pada titik I’rab iaitu fathat dengan tanda sempang di atas huruf, kasrah pula sempang di bawah begitu juga tanda dhommat dan tanwin seperti yang kita lihat pada hari ini.

     Umat islam pada zaman al-Ma’mun bin Harun al-Rasyid (Abbasiyat) sudah hampir mencapai tahap kesempurnaan al-quran dengan menggunakan khat yang indah dan cantik ditambah pula ahli qiraat pada era ini menambahkan tanda waqaf seterusnya meletakkan tanda juzuk, tanda hizb dan lain-lain.

     Usaha ini ada yang tidak dipersetujui oleh sebilangan umat islam. Ini kerana dikhuatiri berlakunya tokok tambah dan perubahan dalam penulisan al-quran. Salah seorang daripada sahabat itu ialah Abdullah bin Mas’ud yang diriwayatkan oleh Abu Ubayd dengan katanya “murnikanlah al-quran dan jangan mencampurkan dengan apa-apa jua”.




              Jadual 1: Kronologi Pengumpulan al-Quran

      
TEMPOH
     
 KAEDAH PENGUMPULAN

Zaman Nabi Muhammad SAW

1) Penurunan al-quran
2) Penulisan al-quran

Zaman Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab

1) Pengumpulan al-quran
2) Pembukuan al-quran

Zaman Uthman al-Affan

Penyelarasan al-quran dan pembukuan mushaf

Selepas Zaman Uthman al-Affan

 Proses Pemurnian al-quran

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

3)ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

     Pada zaman Uthman al-Affan ini, al-quran telah diselaraskan dan dijadikan mushaf kerana islam telah berkembang secara pesat antaranya semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Byzantine,Khurasan,Kufah dan Afrika Utara.

     Perkara yang paling penting ialah apabila islam mula bertapak di negara selain dari negara Arab,umat islam di wilayah tersebut membaca al-quran mengikut kaedah-kaedah bacaan al-quran oleh beberapa para sahabat yang masyhur pada masa itu. Antara wilayah yang menggunakan bacaan sahabat-sahabat tertenu ialah, penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan yang datang daripada Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Umar al-Khattab. Penduduk Syam pula mengambil kaedah daripada Uthman al-Affan dan Abu Darda’.selain itu, penduduk Basrah pula mengambil kaedah bacaan yang datang daripada Umar al-Khattab, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha’ari dan pendudk Kufah juga mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud,Ali bin Abi Talib, Uthman bin al-Affan, Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit.

Image result for wallpaper al quran dan tasbih

     Pada zaman ini,penduduk-penduduk Syam dan Iraq telah bergabung bagi tujuan untuk membuka wilayah baru. Di antara sahabat yang menyertai semasa proses pembukaan wilayah ini adalah Huzaifah al-Yaman .Beliau telah melihat beberapa perbalahan yang datangnya daripada segelintir umat islam yang mendakwa bahawa bacaan mereka sahaja yang betul dan tepat sehingga sanggup mencaci maki saudara seislam sendiri dek kerana kepentingan dan kesombongan yang menguasai diri.

     Bimbang perkara tersebut daripada terus merebak dan menjadi lebih buruk, Huzaifah al-Yaman pergi menemui Uthman al-Affan dan menceritakan peristiwa yang berlaku di dalam kalangan umat islam pada masa itu selepas selesainya misi pembukaan beberapa wilayah dan memohon agar Uthman mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera supaya dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diigini berlaku.

     Setelah Uthman al-Affan mendengar penjelasan daripada Huzaifah al-Yaman , beliau telah bersetuju untuk menulis semula al-quran dan meminta keizinan daripada Umm al-Mukminin Hafsah untuk meminjam suhuf yang berada dalam simpananya ketika beliau diamanahkan untuk menyimpan mashaf al-quran selepas kewafatan Umar al-Khattab.Keadaan yang berlaku pada zaman Uthman al-Affan ini berlainan dan berbeza daripada zaman Abu Bakar al-Siddiq kerana pada zaman Abu Bakar cabaran dan rintangan adalah lebih besar setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.

     Zaid bin Thabit telah dipanggil oleh Uthman al-Affan untuk mengetuai dan membentuk jawatankuasa ataupun ahli-ahli untuk proses penulisan dan pembukuan al-quran dan mengarahkan agar mengumpul naskhah al-quran yang digunakan oleh masyarakat islam pada zaman tersebut. Jawatankuasa yang telah diketuai oleh Zaid bin Thabit di dalam hasil pengumpulan dan pembukuan al-quran menemui beberapa jenis naskhah yang al-quran yang telah ditulis mengikut dialek sesebuah wilayah seterusnya disebarkan di wilayah-wilayah yang terdapat umat yang beragama islam ataupun wilayah-wilayah islam.Uthman al-Affan juga memerintahkan agar naskhah-naskhah al-quran yang digunakan sebelum ini dibakar kerana sememangnya bentuk penulisan pada zaman Uthman al-Affan telah diperbaharui supaya dapat memudahkan lagi pembacaannya.

     Sebanyak tujuh naskhah al-quran telah ditulis dan dihantar ke wilayah-wilayah islam sebanyak enam naskhah. Berbaki satu naskhah lagi, beliau telah menyimpan bersamanya di Madinah.


SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

 SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA

     Pengumpulan al-quran bermaksud penyimpanan dan penulisan al-quran secara kesuluruhan.Berikut merupakan peringkat sejak al-quran diwahyukan sehinggalah dibukukan iaitu:

1) Zaman Nabi Muhammad SAW
2) Zaman Abu Bakar al-Siddiq
3) Zaman Umar al-Khattab
4) Zaman Uthman al-Affan
5) Selepas zaman Uthman al-Affan

1) ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

     Nabi Muhammad merupakan utusan Allah yang telah diutuskan kepada masyarakat Arab Jahiliyah bagi menyebarkan kebenaran kepada mereka mengenai ajaran yang dibawa oleh baginda . Mereka tidak mahu menerima ajaran Nabi dan Kitab sebelumnya yang dijadikan sebagai petunjuk dan pedoman kepada umat manusia.

     Al-Quran mula diturunkan pada 610 masihi iaitu 13 tahun sebelum hijrah ketika Nabi Muhammad SAW bersendiran di Gua Hira’.Penurunan al-quran berlaku selama 23 tahun bermula ketika baginda menerima wahyu pertama sehinggalah baginda wafat menemui penciptanya. Dalam bidang ulum al-quran, terdapat dua peringkat penurunan wahyu tersebut iaitu ayat makki dan ayat madani. Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah selam 13 tahun manakala Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan di Madinah selama 10 tahun.Tempoh al-quran diturunkan sepenuhnya dengan sempurna adalah selama 23 tahun.
Image result for wallpaper al quran dan tasbih

     Pada 17 ramadhan iaitu pada tahun kedua hijrah ,telah berlaku peperangan yang dinamakan dengan peperangan badar dimana pada waktu ini adalah tarikh turunnya al-quran atau nama lainnya adalah nuzul al-quran .Peperangan ini berlaku kerana Nabi Muhammad SAW mengarah dan memerintahkan supaya para sahabat menyekat hasil perniagaan daripada Musyrikin Quraisy yang dirampas dari penduduk islam yang berada di Mekah. Oleh kerana kemarahan mereka terhadap umat islam, maka mereka melancarkan satu peperangan yang melibatkan antara umat islam serta musyrikin quraisy.

     Kemenangan telah berpihak di dalam kalangan umat islam di dalam peperangan tersebut. Dianggarkan hampir 70 orang yang datang dari puak musyrikin yang terbunuh dan lebih kurang 70 orang juga yang telah dijadikan tawanan dari pihak umat islam. Di dalam kalangan tawanan tersebut,jika terdapat tawanan yang mempunyai kebolehan dalam ilmu penulisan,mereka disyaratkan untuk mengajar kanak-kanak islam membaca dan mereka akan dibebaskan di suatu masa yang telah ditetapkan.Usaha seperti ini sememangnya mampu melahirkan lebih banyak golongan ilmuwan di dalam kalangan umat islam.

     Pada waktu itu, Nabi Muhammad amat menggalakkan masyarakat islam merebut peluang untuk mendalami sesuatu ilmu untuk kegunaan dan kebaikan pada masa akan datang.Terdapat sebilangan yang terdiri di dalam kalangan sahabat yang mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu penulisan.Setiap kali baginda menerima wahyu,baginda akan memerintahkan supaya sahabat-sahabatnya untuk menulis di samping menghafal al quran tersebut.Mereka menggunakan teknik syafawi semasa proses penghafalan dijalankan.

     Ketika wahyu diturunkan, bangsa Arab sememangnya mempunyai budaya berbahasa yang cukup tinggi dan hebat sehinggakan hafalan mereka amat kuat dan cepat .Pada waktu itu, al-quran hanya dibenarkan untuk ditulis dan sabda-sabda Nabi SAW dilarang dari ditulis kerana takut bercampurnya dengan tulisan al-quran.

     Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan para pencatat wahyu di dalam kalangan para sahabat untuk mencatatkan ayat-ayat al-quran yang telah diwahyukan kepada baginda pada masa itu.Antara para sahabat yang telah diamanahkan untuk menjadi pencatat al-quran ialah Ali bin Abi Talib, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Zubair bin Al-Awwam dan lain lain lagi.

     Namun setelah wafatnya baginda,terputuslah hubungan kemanusiaan antara satu sama lain namun baginda tidak pernah melupakan umatnya dengan diberikan al-quran dan as-sunnah sebagai pedoman sepanjang hayat serta rujukan kepada sesiapa yang memerlukannya.