Tuesday, September 3, 2019

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

3)ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN

     Pada zaman Uthman al-Affan ini, al-quran telah diselaraskan dan dijadikan mushaf kerana islam telah berkembang secara pesat antaranya semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Byzantine,Khurasan,Kufah dan Afrika Utara.

     Perkara yang paling penting ialah apabila islam mula bertapak di negara selain dari negara Arab,umat islam di wilayah tersebut membaca al-quran mengikut kaedah-kaedah bacaan al-quran oleh beberapa para sahabat yang masyhur pada masa itu. Antara wilayah yang menggunakan bacaan sahabat-sahabat tertenu ialah, penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan yang datang daripada Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Umar al-Khattab. Penduduk Syam pula mengambil kaedah daripada Uthman al-Affan dan Abu Darda’.selain itu, penduduk Basrah pula mengambil kaedah bacaan yang datang daripada Umar al-Khattab, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha’ari dan pendudk Kufah juga mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud,Ali bin Abi Talib, Uthman bin al-Affan, Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit.

Image result for wallpaper al quran dan tasbih

     Pada zaman ini,penduduk-penduduk Syam dan Iraq telah bergabung bagi tujuan untuk membuka wilayah baru. Di antara sahabat yang menyertai semasa proses pembukaan wilayah ini adalah Huzaifah al-Yaman .Beliau telah melihat beberapa perbalahan yang datangnya daripada segelintir umat islam yang mendakwa bahawa bacaan mereka sahaja yang betul dan tepat sehingga sanggup mencaci maki saudara seislam sendiri dek kerana kepentingan dan kesombongan yang menguasai diri.

     Bimbang perkara tersebut daripada terus merebak dan menjadi lebih buruk, Huzaifah al-Yaman pergi menemui Uthman al-Affan dan menceritakan peristiwa yang berlaku di dalam kalangan umat islam pada masa itu selepas selesainya misi pembukaan beberapa wilayah dan memohon agar Uthman mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera supaya dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diigini berlaku.

     Setelah Uthman al-Affan mendengar penjelasan daripada Huzaifah al-Yaman , beliau telah bersetuju untuk menulis semula al-quran dan meminta keizinan daripada Umm al-Mukminin Hafsah untuk meminjam suhuf yang berada dalam simpananya ketika beliau diamanahkan untuk menyimpan mashaf al-quran selepas kewafatan Umar al-Khattab.Keadaan yang berlaku pada zaman Uthman al-Affan ini berlainan dan berbeza daripada zaman Abu Bakar al-Siddiq kerana pada zaman Abu Bakar cabaran dan rintangan adalah lebih besar setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.

     Zaid bin Thabit telah dipanggil oleh Uthman al-Affan untuk mengetuai dan membentuk jawatankuasa ataupun ahli-ahli untuk proses penulisan dan pembukuan al-quran dan mengarahkan agar mengumpul naskhah al-quran yang digunakan oleh masyarakat islam pada zaman tersebut. Jawatankuasa yang telah diketuai oleh Zaid bin Thabit di dalam hasil pengumpulan dan pembukuan al-quran menemui beberapa jenis naskhah yang al-quran yang telah ditulis mengikut dialek sesebuah wilayah seterusnya disebarkan di wilayah-wilayah yang terdapat umat yang beragama islam ataupun wilayah-wilayah islam.Uthman al-Affan juga memerintahkan agar naskhah-naskhah al-quran yang digunakan sebelum ini dibakar kerana sememangnya bentuk penulisan pada zaman Uthman al-Affan telah diperbaharui supaya dapat memudahkan lagi pembacaannya.

     Sebanyak tujuh naskhah al-quran telah ditulis dan dihantar ke wilayah-wilayah islam sebanyak enam naskhah. Berbaki satu naskhah lagi, beliau telah menyimpan bersamanya di Madinah.


No comments:

Post a Comment