PENGENALAN AL QURAN
Al-Quran merupakan kitab yang suci yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan ia juga ditulis di dalam bentuk mushaf serta diriwayatkan secara tartil ataupun dalam kata lain bermaksud ianya diriwayatkan secara teliti dengan tafsirannya. Al-Quran merupakan pedoman serta pegangan untuk umat manusia di muka bumi ini bagi membuktikan kewujudan Allah dan para rasulNya .AlQuran dimulai dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nas dan membacanya adalah ibadah yang dituntut di sisi Allah.
Ayat-ayat yang diwahyukan oleh Allah SWT mempunyai makna yang unik dan tersendiri yang boleh difahami secara terang oleh si pembacanya ,tanpa sebarang keraguan atau kesamaran yang terdapat di dalamnya serta difahami secara tersirat atau makna yang tersembunyi di sebalik ayat alquran tersebut.
AlQuran juga merupakan mukjizat terbesar yang telah dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW dan menyebarkan di dalam kalangan umat islam .Sesungguhnya kandungan ayat-ayat yang terdapat di dalam al-quran memberi berjuta makna kepada umat islam terutamanya kepada para pengkaji alquran yang sangat menyukai akan rahsia yang tersembunyi di sebalik ayat yang telah diriwayatkan oleh Allah.
Allah telah menjanjikan untuk memelihara keaslian al-quran tersebut berdasarkan ayat yang telah termaktub di dalam AlQuran yang bermaksud :
Maksudnya : Sesungguhnya Kami (Allah) yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memelihara dan menjaganya .
(Surah al-Hijr, ayat 9)
Berdasarkan ayat di atas , jelaslah bahawa disini sesungguhnya Allah telah menerangkan bahawa al-quran adalah salah satu kitab yang terpelihara daripada sebarang penyelewangan dan memelihara kesuciannya sehingga ke hari kiamat kelak kerana bahasa al-quran adalah bahasa yang tinggi dan tidak mampu direka oleh sesiapun sekalipun ada cubaan untuk mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam alquran ini.
(SEJARAH PENULISAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN)
- SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
Sesungguhnya di setiap ayat al-quran yang diturunkan mempunyai rahsia yang tersendiri.Oleh kerana itu,terdapat beberapa peristiwa dan sejarah yang terkandung di dalam ayat atau surah yang tertentu.Penurunannya mempunyai sebab-sebab tertentu dan beberapa perkara yang telah dibincangkan di dalamnya antaranya ialah perkara-perkara tentang pelaksanaan hukum Allah SWT,kerohanian,pensyariatan di dalam sebuah hukum dan sebagainya.
Dari sudut sejarah al-quran,penurunan ayat pertama bermula ketika Nabi Muhammad SAW bersendirian di dalam Gua Hira’,Mekah ketika baginda sedang memikirkan keadaan pada waktu itu yang kebanyakannya hidup di dalam suasana yang jahiliyah dan bermasalah bagi menilai mana yang baik dan buruk akan setiap perkara yang dilakukan.
Ayat pertama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW ialah yang bermaksud:
Maksudnya: “Bacalah ! (wahai Muhammad SAW) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) ,ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku ,bacalah !,dan Tuhanmu yang amat pemurah ,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan ,ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya .”
(Surah Al-Alaq ,ayat 1-5)
Ayat ini merupakan pendapat yang tepat mengenai ayat pertama yang diwahyukan kepada baginda berdasarkan hadis riwayat Aishah RA yang menceritakan kisah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda bersendirian di Gua Hira’.
No comments:
Post a Comment