Tuesday, September 3, 2019

SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN DAN PEMBUKUANNYA PADA ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ DAN UMAR AL-KHATTAB

2)ZAMAN ABU BAKAR AL-SIDDIQ DAN UMAR AL-KHATTAB

Image result for wallpaper al quran dan tasbih     Pada zaman ini, berlakunya proses pengumpulan dan pembukuan al-quran. Ia telah terkumpul di dalam dada-dada sahabat ketika Nabi Muhammad SAW wafat kerana pemerintahan yang menyeru supaya sahabat-sahabat untuk menghafal ayat-ayat al-quran setiap kali ia diturunkan.Pada waktu itu, tidak wujudnya al-quran dalam bentuk mushaf seperti yang terdapat pada masa kini.

     Di awal pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq iaitu sejurus selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW , terdapat banyak perkara dan permasalahan yangtelah berlaku ketika zaman pemerintahan Abu Bakar. Antara masalah yang dihadapi ialah,ramai di kalangan umat islam yang murtad dan juga terdapat golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan mempermainkan kesucian ayat-ayat al-quran.Hal ini telah menyebabkan Abu Bakar bertindak tegas di dalam usaha memerangi golongan tersebut daripada terus merebak.

     Abu Bakar perlu menghadapi banyak peperangan ketika menghadapi golongan yang murtad antaranya ialah wujudnya peperangan yang dinamakan peperangan al-Yamamah.Peperangan ini berlaku pada tanggal 12 hijrah bersamaan disember tahun 632 masihi ini meletus akibat penentangan yang telah dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan yang diperintahkan oleh Abu Bakaral-Siddiq. Musailamah muncul dengan mengaku bahawa beliau adalah nabi dan telah melakukan beberapa perubahan syariat bagi membezakan agamanya dengan islam yang mana agama Islam ini telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW antaranya beliau mengurangkan pensyariatan solat iaitu dengan mengurangkan daripada lima waktu kepada tiga waktu solat.

     Di dalam pertempuran Yamamah itu,umat islam memenangi pertempuran tersebut tetapi dalam masa yang sama,ramai para sahabat yang telah terkorban syahid seramai 70 orang dan mereka merupakan golongan Huffaz al-Quran.

     Terdapat juga peristiwa di mana salah seorang sahabat telah membaca al-quran berhadapan dengan Umar al-Khattab dengan bacaan yang salah iaitu kesalahan dalam meletakkan baris dan menyebabkan makna asal al-quran tersebut tersalah maksud. Disebabkan perkara tersebut,Umar al-Khattab mencadangkan kepada Abu Bakar al-Siddiq agar al-quran dikumpulkan dan ditulis oleh para sahabat. Pada awalnya,beliau menolak cadangan tersebut kerana beliau risau kerana tiada panduan daripada Nabi SAW tetapi akhirnya beliau mempersetujui cadangan yang telah dibuat oleh Umar memandangkan ianya berkaitan tentang kepentingan memelihara al-quran daripada diselewengkan oleh golongan-golongan yang tetentu.

      Zaid bin Thabit telah dipanggil oleh Abu Bakar al-Siddiq dan kemudian beliau memberikan tugas kepada Zaid agar mengumpul serta menulis ayat-ayat al-quran .Walaupun Zaid merupakan pencatat wahyu yang terkenal kerana Zaid seorang pemuda yang cerdas dan layak untuk melaksanakan tugas ini.Tetapi bagi Zaid, beliau merasakan bahawa ini adalah amanah yang agak berat untuk dipikulnya. Zaid bin Thabit mengumpulkan ayat-ayat al-quran dengan menggunakan pelepah-pelepah tamar,kepingan batu,tulang belulang,kepingan kayu,kulit binatang yang pernah ditulis oleh para sahabat ketika Nabi Muhammad SAW masih hidup.

     Setelah terkumpulnya ayat-ayat al-quran, proses penulisan semula telah berjalan dan dengan dimulakan menulis di atas helaian kertas khas yang tersusun rapi .Setiap ayat al-quran yang ditulis telah disaksikan dahulu oleh dua orang sahabat yang pernah menghafalnya di hadapan nabi supaya tidak berlaku kesalahan semasa proses penulisan semula itu.

     Usaha-usaha pengumpulan al-quran yang telah dilakukan bukanlah sesuatu yang baru bagi Muhasabi kerana ianya telah bermula sejak zaman Nabi SAW ,tetapi Abu Bakar al-Siddiq merupakan perintis penulisan al-quran yang lebih tersusun namun ianya tidak dapat disempurnakan dek kerana kewafatannya.Lalu Umar al-Khattab meneruskan usaha yang telah sedia dilakukan oleh Abu Bakar sehinggalah beliau wafat. Setelah kewafatan Umar al-Khattab ayat-ayat al-quran lengkap ditulis serta dikumpulkan dan disimpankan di rumah Umm al-Mukminin Hafsah binti Umar RA yang merupakan isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Post a Comment