4)SELEPAS ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN
Sejak dari zaman Uthman al-Affan lagi telah dijalankan usaha untuk mengumpul dalam proses pemurnian al-quran secara sistematik bagi memudahkan para pembacanya menganalisis teknik bacaan al-quran. Usaha untuk melakukan transformasi dengan meletakkan tanda baris, titik warna merah di akhir perkataan telah diperkenalkan oleh Abu Aswad al-Dua’li. Lantaran itu, beliau telah dianggap sebagai pengasas dalam ilmu ini. Tanda baris tersebut dikenali sebagai Naqt I’rab tetapi ianya berbeza dengan tanda baris yang ada pada hari ini.
Proses transformasi format itu terus dilakukan bagi meraikan ramai orang bukan arab memeluk islam pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.Usaha tersebut telah dilakukan oleh Hajjaz bin Yusof al-Thaqafi dan dua orang pakar bahasa arab iaitu Nasr bin Asim al-Laithi dan Yahya bin Ya’mar dengan melakukan perubahan pada tanda titik bagi membezakan satu huruf dengan huruf yang lain contohnya huruf ba’, ta’, jim dan lain lain. Kaedah ini pula dikenali sebagai Naqt I’jam.
Hal ini kerana sebelumnya huruf-huruf arab tidak mempunyai titik kerana nasyarakat arab pada masa itu sememangnya mengetahui membezakan antara huruf-huruf tersebut. Maka, selepas itu berlaku pula perubahan pada titik I’rab iaitu fathat dengan tanda sempang di atas huruf, kasrah pula sempang di bawah begitu juga tanda dhommat dan tanwin seperti yang kita lihat pada hari ini.
Umat islam pada zaman al-Ma’mun bin Harun al-Rasyid (Abbasiyat) sudah hampir mencapai tahap kesempurnaan al-quran dengan menggunakan khat yang indah dan cantik ditambah pula ahli qiraat pada era ini menambahkan tanda waqaf seterusnya meletakkan tanda juzuk, tanda hizb dan lain-lain.
Usaha ini ada yang tidak dipersetujui oleh sebilangan umat islam. Ini kerana dikhuatiri berlakunya tokok tambah dan perubahan dalam penulisan al-quran. Salah seorang daripada sahabat itu ialah Abdullah bin Mas’ud yang diriwayatkan oleh Abu Ubayd dengan katanya “murnikanlah al-quran dan jangan mencampurkan dengan apa-apa jua”.
Jadual 1: Kronologi Pengumpulan al-Quran
TEMPOH
|
KAEDAH PENGUMPULAN
|
Zaman Nabi Muhammad SAW
|
1) Penurunan al-quran
2) Penulisan al-quran
|
Zaman Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab
|
1) Pengumpulan al-quran
2) Pembukuan al-quran
|
Zaman Uthman al-Affan
|
Penyelarasan al-quran dan pembukuan mushaf
|
Selepas Zaman Uthman al-Affan
|
Proses Pemurnian al-quran
|
No comments:
Post a Comment